DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

JaLaN PeRcInTaAn

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم


Alhamdulillah kerana masih dapat peluang untuk bernafas lagi..bertemu kita di alam maya yang penuh fantasi ini..hampir hampir saya terlupa untuk mengemas kini blog , kerana sibuk mengemaskini di wall facebook dan perkongsian ilmu di whatsup..

Cinta boleh menguatkan dan cinta juga boleh menyebabkan seseorang itu menderita..itulah yang dinamakan jalan cinta.. Jalan cinta yang penuh berliku kekadang memerlukan perjalanan beribu batu untuk sampai kepada cinta..

Kini ramai yang menafsirkan cinta di sudut yang berbeza , ada yang berpacaran kerana beranggapan itu adalah cinta..Ada yang hanya Sms kerana ingin mejaga maruah cinta..

Cinta yang paling suci adalah kasih sayang diantara suami isteri setelah cinta Allah , Rasul dan ibubapa..Yang tidak memahami cinta itu penyebab dunia akhir akhir ini menjadi musnah dan rosak..cinta kepada makhluk melebihi cinta pada Pencipta..

Siapa yang menyintai dia akan dicintai..

Cinta akan mengubah seseorang itu dari jahat menjadi baik , mazmumah menjadi mahmudah , derita manjadi bahagia , sakit menjadi sihat , muram menjadi tertawa..Nah alangkah bahagianya orang yang bercinta..

Kita  sebagai pemandu akan memandu jalan cinta , terpulang pada kita melalui jalan cinta itu secara menderita atau bahagia..maka pilihlah yang bahagiakan diri dengan cinta..

Bagi cinta mereka yang sudah berasa goyah , ingatkan kembali bagaimana bahagianya kita ketika mula disatukan..baliklah kepada fitrah cinta..cinta yang berlandaskan iman , seterusnya mambimbing insan yang bercinta itu ke jalan yang diredhai Allah SWT..

Bila kuterkenangkannya
Kutatap ke langit sana

Bila kurindukannya
Ku bentang dua tanganku..

Impian setiap insan untuk bahagia..

Naziran Nasir
Kemaman

Terengganu


 ¤ ittaqullah ¤

hanya kerana RM 5.00

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Setelah selesai kerja pada pukul 6.30 pagi..aku pulang menunggang motor kapcai seperti biasa menemani pergi dan balik kerja..kereta seperti biasa ditinggalkan di rumah kerana tidak berbaloi hanya dinaiki seorang ..
Selepas melepasi masjid di suatu kampong . saya singgah di suatu warung untuk membeli sarapan pagi..

Saya mengambil nasi kerabu dan kuih muih..
Bila hendak bayar , saya terseluk seluk saku.. Hairan di mana saya letak Rm 5.oo saya kerana  semalam masih ada di dalam poket..ah..saya periksa dalam dompet , tiada satu pun duit ..ah tangan saya terasa teraba sesuatu dalam poket seluar kiri.. ini dia rupanya….

Terkejut juga saya wang yang disangkakan 5 ringgit rupanya 1 ringgit.. ini hari takde rezeki..saya meletakkan balik nasi kerabu meniggalkan kuih yang berjumlah seringgit diplastik ..

Mungkin hanya ini rezeki saya ..wang semalam mungkin rezeki orang..


Begitulah nasib hidup kita , tak selamanya senang .. Adakalanya susah.. Adakalanya dihimpit tetapi tidak perlu meraih simpati.. Moga moga insan yang lebih susah dari saya diluar sana sentiasa tabah..

Naziran Nasir
Kemaman
Terangganu

 ¤ ittaqullah ¤

Jika Ini Takdirku

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم


Dikala aku melewati bangunan universiti aku terserempak dengan seorang muslimah..entah kenapa pertama kali jiwaku tidak tenteram melihat muslimah itu. Alangkah bahagianya kalau aku dapat menjadi imam kepada seorang muslimah yang menjaga diri dan hatinya kerana Allah SWT.. “ah” hati ini selalu memikir perkara  yang bukan bukan ..Apa tidak nya di pengakhiran semester ku . Aku juga berhajat dapat mencari seorang calon muslimah buat dijadikan isteri..

Fikiran ku mengelamun seketika sehinggakan perjalanan untuk ke blok Fakulti  tersasar jauh ke bangunan perpustakaan..”ahak” sungguh kelakar diriku..ketawa seorang diri.. Perasaan hati siapa yang mengerti melainkan Allah SWT Yang Maha Mengerti..

Setelah diselidiki dan mendapat info dari sahabat , akhirnya muslimah itu telah diterang lengkap bersama alamat rumah keluarga nya dan no telefon bimbitnya  … Aku mengusap dada dan bersyukur atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWt ..Anugerah cinta tiada nilainya..SubhanAllah..

Setelah tamat belajar di university, perasaan cinta yang terpendam terpaksa  aku lupakan buat sementara waktu kerana  ingin menumpukan diriku dalam kerjaya.. Alhamdulillah mendapat tawaran sebagai pendidik sekolah swasta. Aku sedar gaji yang diterima tidak setimpal berbanding tawaran sekolah sekolah di bawah tanggungan kerajaan tetapi demi meneruskan sisa sisa hidup biarlah kerja apa pun yang penting aku menyukai dan meminatinya..

Rasa cintaku bersarang tanpa pengetahuan orang tuaku.. pada suatu hari hatiku terdetik untuk kesekian kali ke rumah muslimah itu.. Aku pergi seorang diri tanpa ditemani sesiapa.. Dengan menunggang motor kapcai yang sekian lama menemaniku belajar , aku menggagahi jua ke rumah muslimah itu..lantas segera aku sms bahawa aku akan datang ke rumahnya ..

Dengan sedikit pisang Goreng yang dibeli di kedai , aku sampai di halaman rumahnya lalu aku memberi salam..Alangkah hairannya salam ku tidak bersahut , kedengaran riuh di dalam rumah.. Aku mengintai ngintai takut penghuni ada di belakang ..

“Bromm” dibelakangku terdengar bunyi kereta lalu bersahaja dan lantas segera parking di depan halaman rumah.. Alangkah terkejutnya aku melihat sahabat lama aku datang bersama keluarganya.. Yang tidak mungkin aku dapat menerima hakikat sahabatku itu disambut gembira oleh keluarga muslimat tadi..
‘ah’ baru aku teringat kereta yang diparking didepan rumahnya adalah kereta mewah.. sedangkan aku hanya berkapcai buruk..

Kedatangan mereka disambut riang sedang keluarga muslimah itu tidak sedikit pun sedar akan kehadiranku.. aku cuba menelefon muslimah itu tetapi satu kali pun tidak terangkat..aku memberanikan membawa diri dari tempat itu.. Air mata bercucuran.. inilah nasib aku.. pemuda yang tiada apa..hanya datang membawa diri sedangkan mereka datang membawa janji..

Sekembalinya aku di tempat aku meletakkan motor kapcaiku.. aku ingin pulang dengan membawa bersama tangisan.. Allah , tiba tiba motor yang aku tunggang tadi bagaikan tidak mahu mengikuti tuannya.. enjinya tidak dapat hidup.. segera aku menggeleknya mencari cari tempat bengkel terdekat .. Hampa hatiku bila tiada satu pun bengkel yg kelihatan kerana dikawasan aku lalui itu adalah kawasan hutan ..Mana mungkin di tengah  tengah hutan ini ada bengkel....ya Allah jika inilah takdir ku, Aku menerima dengan ketentuanMu..

Kini aku bersujud menyembahMu , mengharap cinta dariMu..Tiada yang lebih utama kecuali mencintaiMu

Naziran Nasir
Kemaman
Terengganu



 ¤ ittaqullah ¤

Harus Pergi

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Puisi ini berpandukan pembacaan saya dalam  buku tarbiyatul Aulad


Tiada hari
aku dapat lari dari mati
dini hari
atau esok hari
yang menjaga diri
yang tak dapat melindungi diri
Jika engkau mencari kemuliaan
Yang diharapkan
Janganlah puas dengan apa yang ada
di bawah bintang bintang
Rasa kesah kematian dalam perkara hina
sama sahaja dengan rasa kematian
dalam perkara mulia
aku berkata
dan dia telah terbang sebagai sinar
nyawa pahlawan pun
Tak dapat kau jaga
jika kau minta kepergian nyawa ditunda
nyawa yang telah ditentukan
pada hari itu harus pergi
ia tidak akan memenuhi permintaanmu sabarlah menunggu datangnya mati
tak seorang pun akan hidup abadi

saya dengan rasa rendah hati ingin mengajak diri saya dan sahabat2 untuk sentiasa mengingati mati..bekal apa yang hendak kita bawa nanti..

 ¤ ittaqullah ¤

Begitu Singkat

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Alhamdulillah...
syukur pada Allah SWT kerana memanjangkan usia kita untuk terus menerus hidup di muka bumiNya ini..
Sedar tak sedar , saya rasa masih tak percaya dalam masa empat tahun ini...setelah menamatkan pengajian di universiti
,diberi peluang menceburi pelbagai kerjaya sehingga akhirnya Allah memberi jodoh yg sesuai untuk saya...
Rasa masih tidak percaya saya sudah mempunyai keluarga sendiri..Masa begitu cepat berlalu bukan?

Cuma saya sentiasa bermuhasabah diri kemana kita selepas ini...hidup kita untuk memberi manfaat pd orang lain...
Apa yang yg telah kita lalui kini merupakan cedukan daripada manfaat orang lain bukan...kalau bukan guru yg memberi
manfaat ilmu siapa lagi...kalau bukan manfaat kasih sayang ibu ayah kita , apakah kita menjadi insan yg berkasih sayang..kalau bukan majikan memberi manfaat kerja siapa lagi...jadi begitu yg patut kita tanamkan
dalam diri kita selaku insan di dunia ini...cuba untuk memberi manfaat kepada orang lain...
kerana hidup ini masih panjang dalam kurniaan waktu yg begitu singkat..jadi beringatlah teman2 dan sahabat2
hidup kita adakalanya suka dan ada kalanya duka..terpulang bagaimana kita menguruskannya..
moga kita semua dapat memberi manfaat pd insan lain ...

mengingati teman2 dan sahabat2 juga adalah sebahagian daripada manfaat...

" fazakkir , fainnaz zikra tanfa'ul mukminin.."
dan berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yg beriman...

WallAhu a'lam

Kemaman,
Terengganu



 ¤ ittaqullah ¤