DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

BENGKAK MATA

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم 


 Alhamdulillah, selawat serta salam buat junjungan Nabi S.A.W Sahabat yang dikasihi Allah..rasanya sudah lama tidak bertanya khabar, apakah sihat atau sebaliknya..saya disini sihat wal afiat saja.. Alhamdulillah , setelah sekian lama bekerja dan bekerja..beberapa perkara yg banyak saya perlu sentuh disini..di tempat saya..ramai kawan kawan ygg bergaji 4k-15k, untuk bahagian vessel operation..


 Ada yang kerja normal hours dan ada juga yg kena stanby sampai esok pagi ..saya terkejut dengan penampilan baru rakan saya , berkaca mata bermula pagi sampai ke malam..rupa rupanya keadaan sebenar terbongkar..matanya bengkak..


Alangkah indahnya bengkak mata kerana beribadat kepada Allah.meratap setiap dosa yang dilakukan..tapi ramai mana rakan rakan yg tak solat kerana keletihan kerja..keletihan untuk solat lagi berat berbanding untuk kerja..sanggup tak tidur kerana kerja..tapi tak sanggup berjaga untuk Allah..


Nabi SAW sanggup bengkak kaki kerana berjaga malam untuk beribadat kepada Allah..cuba bermuhasabah..seorang Nabi yg maksum dari segala dosa..banyak beribadat pada Allah , Nabi yg dipelihara dari dosa , beristigfar 70 kali sehari kepada Allah.. Kita yg banyak dosa, payah nak mohon ampun pada Allah, padahal dosa setinggi gunung..maksiat seluas lautan..kita yang berdosa , sudahlah tidak betaubat kepada Allah , malah menambah dosa setiap hari..



Berbalik pada pada kerja..betul apa yang dikata , kita lebih banyak percaya dan yakin pada benda yg dapat dilihat berbanding yg tidak dapat dilihat sedangkan yg tidak dapat dilihat akan dihitung Allah walaupun sedikit.. Sama –samalah bermuhasabah..

Naziran Nasir
binjai 
Kemaman

 ¤ ittaqullah ¤

0 comments: