DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

iftar dalam feri

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

alhamdulillah beberapa hari yang lepas .saya berpeluang menjelajah langkawi.pertama kalinya dalam hidup.yang menariknya keseorangan pergi.bimbang dan tak tahu pun ada..alhamdulillah tetapi urusan selesai semuanya dengan izin Allah


di balai ketibaan


menuju ke jeti


menuju feri


feri membelah lautan


kelibat pulau kelihatan


sampai di destinasi


kereta sewa


dengan rm 23 seorang ,saya menunggu di balai ketibaan..pukul 10.30 saya berlepas dengan menaiki coral island..menanti untuk sampai agak lama jugak..hampir 2 jam.barulah kelibat pulau hadir di depan mata saya.. dengan menaiki kereta kancil yang disewa di sana ..alhamdulillah selesai sudah tugasan saya..maka petang itu saya pusing2 pulau langkawi..bersiar-siar untuk mengenali dengan lebih dekat lagi

"langkawi sambutlah kedatnganku” bisik hati kecil saya ..saya singgah di kota mahsuri.. mahsuri yang ada sejarahnya tersendiri..beliau telah bersumpah langkawi tidak akan aman dan makmur selama 7 keturunan...mahsuri mengikut lagenda mempunyai kecantikan yg tramat sgt.kmudian dia difitnah dan dihukum.. oleh kerana itulah beliau bersumpah..

selepas itu ,saya melawat kawasn perdagangan bebas cukai..2/3 barang dibeli utk isi tangki perut dan kenangan utk family.. selepas selesai semua..maka terbitlah saat kesedihan.saat perpisahan saya dengan langkawi..hanya sehari cuma. tetapi membuatk saya terasa dekat dengannya...

pukul 6.30 petang crol island3 menunggu tetamunya utk dinaiki..dalam pjalanan yamg mengambil masa hampir 2 jam itu terjadi kisah dimana orang asing dari french kena sound pengelola feri kerana merokok.kecoh seketika..

saya menunggu siaran azan dari feri..hampir 5minit menunggu.maka kami menerima makluman ”perhatian pada orang islam.telah masuknya waktu magrib”.harap maklum.. sedihnya berbuka dalam feri.hanya berbekal keropok ikan dan sotong kering..perut menerima seadanya...

terima kasih saya kepada agency mandaQ tour & car rental kerana memberi service yang baik sepanjang saya di langkawi..



ketika aku berkunjung tiba
kehadiranku ibarat disambut syahdu
memukau pandangan membingit rindu
walau penantian panjang aku rela menunggu

ketika aku hadir di teratak sejarah
terasa bagiku lagenda berdarah
berlindung di sebalik peristiwa bersejarah
walau tidak ku merasa di setiap arah

meskipun hanya sedetik Cuma
mengenal ibarat cinta pandang pertama
bisa menyapa memanggil nama
takkan ku berhenti melerai kesima

selamat tinggal langkawi
andai ada waktu kita jumpa lagi
menanti saat berlalu pergi
pergi mencari merenung diri


saya tinggalkan langkawi dengan bait-bait pusisi yang entah apa-apa direka sendiri..hentam sajalah..ehem..

dua kalimah
permata kedah
pulau langkawi


¤ ittaqullah ¤