DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

lepaskan semua derita ini Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم


LEPASKAN SEMUA DERITA ini Ya Allah

Aku termanggu sepi
Menatap hari-hari yang sunyi
Mengenang derita yang tak pernah berlalu pergi
Datang menghiasi mengundah tragedi

Semalam , hari yang sungguh indah
Melihat alam yang serba terhias
Antara akur dan redha setiap gundah
Melepasi titian tembok-tembok resah

Mungkin kali ini terakhir buatkku
Melerai fikiran yang kian membeku
Melempar lelah yang masih terpaku
Membuai resah yang masih terpilu

Antara derita dan kepayahan
Insan seperti aku mungkin tak mudah tertahan
Mengolak badai taufan yang menggoncang
Menepis onak yang kian kencang

Biarkan berlalu semuanya supaya aku bisa terbang kesana..mencapai kemanisan setiap janjiNya.. yang pasti aku bukan insan selayaknya..
-dua kalimah-


ALHAMDULILLAH syukur kerana masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hidup di bulan ramadhan yang mulia ini..semalam dan hari ini kepala saya macam hendak pecah memikirkan berbagai-bagai perkara..kisah saya sangat panjang..walaupun badan sedikit tidak sihat saya teruskan juga pulang ke halaman ayah bonda ..semalam saya menghabiskan saki baki kerja di ipoh perak..badan sangat penat ditambah pula cuaca yang kian panas tetapi berkat bulan ramdhan..kudrat masih lagi ada..alhamdulillah..dari ipoh ke kota bharu perjalanan memakan jarak hampir 400 kilo meter memakan masa 6-8 jam..

Pukul 7.30 malam saya telah pun sampai di tanah kelahiran tercinta saya..tanah merah..singgah di bazar , aduhai sudah habis..merenung juga saya, mencari tempat berbuka kerana semua orang mahu berbuka..hatta kedai makan pun terpaksa ditutup sementara waktu..cari dan mencari alhamdulillah jumpa sebuah kedai makan..

Aye setokol pahtu nasik lebih deh? (ayam seketul nak nasi lebih ya?) minta saya

Nok ku woh ga po?(nak letak kuah apa?)

(la siam rupanya tapi muslim:hati saya berbisik)

Kari takpo..bagitau saya

Berapo yal?

Enea yal..(6ringgit)

Baru saya perasan lepas saya membayar saya perhati ada sekalung dua air yang diikat di dalam plastik..lantas fikiran saya teringat pesan ustaz..kalau jenis macam ni benda pelaris..kalau bomoh nauzubillah kalau ayat al quran alhamdulillah..tapi kita tak tahukan ini bomoh ke kandungan ayat al quran..Cuma kena baca ayat pelindung..ya ! yang selalu kita baca dalam mathurat..bismillahhillazi la uadurrus..ila akhir ayat..hendak taknak terpaksa berbuka dalam kereta la..siap ada perkakas dapur he3.

Seusai solat..lagkah kaki kiri saya keluar dari masjid..tiba2 , saya ditegur..
Saya berpaling ke belakang..rupa-rupanya seorang pakcik tua..memang saya tidak mengenalinya dan dia tidak mengali saya ..saya mengambil masa berbual dengannya walaupun saya perlu menghabiskan baki masa saya 1 jam untuk sampai ke kampung saya,,..

Jadi pakcik datang sini dengan apa?
Dengan kete plate..
(saya bingung) keta plate?..semua keta ada plate masing2(hati saya berbisik)
Keta plate tu keta apa pak cik?
Teksi la..(bahasa kampung)
Anak pak cik tak mari ambik ke?
Anak pak cik kat rumah tinggal hak haluh2(kecil) je..
Lama juga saya berbual dengannya..melihat kesorangan dia disini..sebab mangrib masih panjang lagi..
Takpelah pak cik , mari kita hantar la? Saya memperlawa untuk membawa pulang ke rumah..
Dengan laju dia berdiri..sambil berkata(ho mari3)

Dia beritahu rumah dia di kampung manal..saya meminta maaf padanya sebab saya dah tak ingat kg tu kat mana , walaupun ketika itu saya sudah tinggal hampir 15 tahun..
Pak cik malam2 ni mata masih nampak ke?
Isyy nampaak..kata pak cik
Dalam keadaan nampak itu , lantas dia menrungut ha! , belah jalan mana pulak ni..haa sudahh?

(pak cik nih agak2 lah kata nampak umur 73 tahun.boleh cakap macam tu....terpaksa pula saya bertanya di kedai makan berhampiran..barulah saya nampak jalannya..barulah dia mengaku mata pakcik malam2 tak berapa nampak..

Pak cik cam tak rumoh pakcik?..tanya saya
setelah sampai berhampiran rumoh..
..jolo dah ni rumah pakcik..katanya sambil tangannya menunjuk ke arah itu
Masa saya u- turn balik keta , nampak pakcik jalan ke arah lain..rupa-rupanya pak cik ni silap rumah daa..saya tergelak sorang2 dalam keta..lucu pun ada kelakar pun ada..
Saya pulang dengan kisah yang menambat hati..

Dua kalimah
Kota bharu
Kelantan darul naim


¤ ittaqullah ¤