DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Tak terhenti ujian-Nya

Bismillahirrahmanirrahim..بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Permulaan bicara , sama2lah berselawat pada Baginda Rasulullah s.a.w..
Terkadang kita lelah menghadapi sesuatu ujian yang menimpa diri kita..ada-ada sahaja onak duri melintasi , terkadang kita jatuh tersungkur , seringkali kita rebah dengan cabaran di hadapan..jadi carilah Dia , Dia lah yang memberi kekuatan , memberi kudrat untuk kita hadapi ujian ini..jangan pernah rasa putus asa setiap apa yang berlaku , berjanjilah pada diri bahawa kita yakin dan mampu ..Cuma kekadang hanya sedikit sindiran sinis dari mereka yang hasad , kita sudah lemah , kita sudah patah semangat..jangan pernah berhenti berharap..
Kenali sejauh mana kemampuan kita..usah dihiraukan pandangan mereka yang sebaliknya..kerana kita mengetahui hakikat diri kita , bermakna keputusan di genggaman kita..kita layak diuji sebagai hambaNya, yang terlebih penting bagaimana kita dapat menguruskannya dengan tenang dan berkeyakinan..apa yang berlaku disekeliling kita , jangan jadikan sebagai alasan untuk kita mengatakan tidak , tapi jadikan sebagai pembakar semangat yang kian hilang..
Jangan impikan sesuatu yang belum pasti , jikalau kita tidak memulakannya..kerana berharap pada suatu yang belum kita mulakan bermakna berharap pada kebinasaan..mulakanlah kisah kita , bukan kita biarkan kisah kita dimulakan..sekurang-kurang kita telah mencuba erti memberi ..jangan berharap balasan atas pemberian kita , jadikanlah sebagai hadiah. Bila kita cuba memulakan , i’nsyaAllah , kita tidak merasa lelah.tapi bila kita berharap sesuatu itu akan bermula..maka kita mengharapkan kedukaan..
Tangisi diri kita padaNya,, yang memiliki setiap apa yang di langit dan bumi..mungkin kita menangisi apa yang buruk terjadi..tapi yang baik sukar kita ratapi..kita hanya menangis atas peristiwa yang berlaku , tapi kita tidak menangis atas peristiwa yang dilakukan..
Nukilan buat diri yang selalu alpa
Huzaifah
Melaka

DI PANTAI DI PORT DICKSON









DI MASJID SELAT MELAKA










DI MOZAC,MELAKA







¤ ittaqullah ¤