DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Keseoranganku Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim..


Sahabat ! apa yang engkau kesalkan , kerana Tuhan kau kehilangan sahabat .apa yang disedihkan hati setiap insan di dalam kekurangan .
Alangkah susah mendapat sahabat bukan kenalan di zaman ini..alangkah sepi dunia ini walaupun hidup di tengah ramai..
kerana sahabat tiada lagi , yang ada hanyalah di jalanan..Usahlah bersedih jika engkau keseorangan 


Langkah bermula , disini era baru aku tempuh dengan keseorangan , bisakah aku sendirian ?



Melihat ombak beralun dengan megahnya , bisakah aku kuat sepertinya ?



Satu keajaiban



Kelihatan ada objek bercahaya..apakah ini suatu kebetulan ?





Perjalanan yang masih jauh beribu batu..apakah kesudahannya?





Apa erti jihad tanpa pengorbanan .Apa erti kata-kata tanpa dikotakan..Apa erti hamba tanpa ketaatan , Hati bercahaya penyuluh zaman..




Sang mentari ceria menerangi alam , mampukah kita sepertinya menyinari embun-embun dakwah ?



Menyinari ke segenap pelusuk alam



Pancaran dakwah umpama pancaran mentari menyinar membolosi kegelapan




Walau hanya sekadar biasan …




Tetapi cukup  untuk merasai bahangnya









Tidak selamanya kita rebah , tetapi bangunlah bagai pohon –pohon yang lebat merimbun..Merimbun menangkis pancaroba dunia fatamorgana..
t


Maka di jalan akhirnya kita menginsafi kejadian diri , mengkagumi ciptaan Sang Pencipta ..maka rasailah ketaqwaan dalam diri supaya lebih bersyukur..sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur kepada diri sendiri..menangislah hati yang  berdosa.
Jangan sedih selalu tersisih bukan kau saja ditimpa malang , ingatlah para Rasul mulia lebih tersiksa menderita , mereka bahagia dalam derita mereka kaya di dalam papa..
Mereka memadai dengan Tuhan , itulah kebahagiaan di waktu sempit seorang diri
Mereka merasai ramai walaupun keseorangan




Huzaifah
19  Muharram 1432
Pantai Tok Jembal
Terengganu






 ¤ ittaqullah ¤

ATUK SAYANG

Bismillahirrahmanirrahim..


Bertemu lagi pada rancangan kali ini..ops..ini bukan bersamamu ye..
Blog ini dah basi dah..terpaksa kena update yang lain..apa ni  korang ni tak sporting r..gurau je ek..nak kata artikel ni menarik , takla , Cuma ada yang mahu dikongsi untuk tatapan semua..baru –baru ini aku punya atuk sebeleh menyebelah walid aku buat la makan assyura kat rumah atuk..nak tahu selanjutnya , jom tengok gambar di bawah..


Kalau korang nak tahu , nilah kawah.ni sebelum bermualnya sesi kacau mengacau


Kelihatan seorang pemuda sedang kusyuk mengacau syura


Ni cara dia nak buat unggun api , sorang mesti tiuo jauh-jauh , lagi satu tangan ,mesti dalam keadaan sedia..opss sandal pun sandal lah..


Tak wajib fokus , tengok apa tu ? kacau syura ni!




Yang ni korang jangan Tanya ana ..ada la tu kerja dia



Yang ni ana suka , diorang sangat kamcing , sejak dulu lagi berduet,he3..dengan api kuasa kuda tahap lapan


Yang ni sesi muslimat sebelum muslimin bertolak ke masjid untuk solat jumaat , mak oi mak sedara aku lagi terer , guna api tahap lapan belas kuasa kuda



Anak aku punya bapak saudara..


Yang ni bintang kecil perasan


Yang ni replica tugu Negara..


Maf terpaksa mereka ini mengangkat ketiak untuk memasang khemah disebabkan cuaca mula redup dan deraian rintikan hujan mula turun..nak ke tak nak wajib angkat..



Dah letih pakcik aku ni , tengok muka dah poyo ..pass pada anak dia pulak



Bukan untuk tontonan umum  jangan tengok lama-lama ..nanti korang pulak letawa sampai terkentut





orang kata bukan aku yang kata : kena api tahan lagi , kena asap no way..bak kata dia sebab asap punyalah pedih syeih.






Emm.sahabat..masa itulah kerjasama kami bersatu , jarang dah nak bertemu dengan program macam tu..

Huzaifah
11  Muharram 1432
Kg Dalam Rhu
Tumpat



 ¤ ittaqullah ¤