DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

ARTIS I-KON REMAJA MODEN

Bismillahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum..


  Buat sahabat dan sahabiah dan buat istimewanya para artis..entry pada kali ini adalah tentang sebuah kehidupan..kehidupan para artis..Cuma ana tertarik dengan kehidupan artis ..yang mungkin kita rasakan kehidupan mereka tak  ada makna..tapi jujurnya bagi ana , ada makna besar..

   Artis usah jadi seperti orang yang tak tahu..secara tidak kebetulan , artis akan menjadi ikon kepada peminat-peminat..masakan tidak setiap nyanyian , pakaian bahkan akhlak sekalipun akan diikuti bagi peminat yang ekstrem( betul-betul minat) jadi apa yang perlu artis buat adalah menunjukkan contoh yang baik dan benar..susah sangat ke?

   Nak tahu kalau selama ini artis –artis kita tidak tahu kebenda soal agama , jadi berubahlah menjadi yang lebih baik..sebenarnya cukup mudah artis mendapat pahala berganda kerana ada peminat yang mengikut contoh yang baik..jadi kalau contoh yang baik ini sentiasa diikuti turun temurun , insyaALlah akan menjadi amal yang baik..

   Bercakap soal artis , kita sentiasa melemparkan tuduhan yang tidak baik kepada mereka , tapi kita kena faham artis dalam konteks hiburan bukan sahaja yang menyampaikan lagu-lagu , rock brutal , jiwang karat tapi ada juga yang meyampaikan lagu-lagu yang mendekatkan kita pada Pencipta( contohnya artis nasyid) ..itu terlebih baik jika para artis kita mengetahui..

   Yang lebih menghampakan lagi , artis –artis nasyid tidak mendapat tempat dalam masyarakat kerana media menyanjung tinggi artis yang kononnya mampu memberikan kepuasan kepada peminat sebenarnya sebaliknya..memberikan contoh yang tidak baik..mengajar anak-anak menjadi jahil , bergelumang dengan dosa..dan berakhlak yang keji.

   Perasan tak sahabat dan sahabiah bila lagu nasyid akan disiarkan? , bila ada hari yang berkait dengan agama sahaja baru ditayang hebat..contoh maulud Nabi , bila nak dekat azan di corong radio.Artsis-artis kita memang ada persepsi yang salah..mungkin masyarakat juga..bila ada kematian , bila ada musibah barulah tergadah nak buat amal , nak cari Allah , nak pakai tudung..nak baca Yassin ..masa senag lenang , masa sihat , kemana artis menyorokkan agama?  Bila ada kematian baru nak pakai tudung , bila ada bencana alam , baru nak membaca alQuran ..

Manusia mudah lupa..termasuk kita sendiri , hanya sekejap sahaja kita insaf , lepas itu sambunglah kontrak balik perbuatan-perbuatan yang tidak baik...kalau lah masyarakat tahu lagu-lagu Islamic dan ketuhanan ini bermakna.dapat memberikan semangat kepada mesyarakat supaya lebih menghayati kepada kehidupan beragama..sudah tentu mesyarakat akan menyanjung tinggi pada artis-artis yang baik ini..

   hem , tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya akhlak , ikon para artis tidak kena itu diikut oleh para peminat-peminat dan seterusnya kepada anak-anak peminat , sekiranya perbuatan itu sentiasa diamal sehingga artis tersebut meninggalkan dunia yang fana ini..maka berbondong-bondonglah  amalan buruk yang akan datang kerana perbuatannya  tidak putus-putus diikuti..

  contohilah dan beruntunglah artis-artis sudah sedar bahawa apa yang mereka kerjakan selama ini hanya membawa malapetaka dalam hidup meskipun bergelumang dengan kemewahan.Artis yang macam mana ni? Iaitu artis yang tidak tahu hakikat kehidupan yang menipu ini..usah mengejar kekayaan sehingga lupa suruhan Allah dan larangannya..contohilah dan jadilah seperti Ali Setan , Akhil Hayy dan artis lainnya..

: مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ

Apa yang aku larang hendaklah kalian menghindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian. Sesungguhnya kehancuran orang-orang sebelum kalian adalah karena banyaknya pertanyaan mereka (yang tidak berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka                           
           (Bukhori dan Muslim)



 ¤ ittaqullah ¤