DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Apa kata enta?

Bismillahirrahmanirrahim..

ENTAH..apa yang perlu dicari lagi.. resah , gelisah , lemah , dok rok cetong menghantui diriku , tidak dinafikan lagi untuk mengejar suatu cita-cita untuk meneruskan perjuangan amat sukar sekali..jalan yang berliku membuatkan diriku ini terus menanti dalam usaha untuk mencapai sebuah kegembiraan…dan keredhaan..

Senyum , tertawa sendirian kadang – kadang hadir dalam diri , sebagai santapan geli hati jiwaku…apa lagi yang ana perlu capai ketika ini adalah meneruskan karier kerja..Bak kata orang – orang tua , fokus pada satu kerja , biar sedikit , lama –lama jadi gunung..

Ya rasulullah Ya habiballah , tak pernah ku tatap wajah mu
Terimalah kami sebagai ummat mu..


Aduuh , sungguh berkesan kata – kata dari satu lagu , mengingatkan ana pada beliau yang mana memperjuangkan habis – habisan segenap harta jiwa dan raga demi ummat tercinta menanamkan benih aqidah yang kukuh buat umat mendamba keredhaan Allah..
Apakah rinduku ini melebihi yang lain ? Ya Allah tanamkan padaku rindu MU dan Rasulmu melebihi yang lain.
.”aiwaa , mengelamun Nampak”.kata seorang sahabat.
“eh takdelah , ana ngoya je , he3…enta ni kacau daun betullah’ , baru nak sampai new Zealand..
“entah ni ngoya sokmo”..sambung lagi kawan

“…ana ngoya , ngoya soleh.tau..ana bukan saja , ana teringatkan dia ,Rasulullah , kerana dialah kita jadi begini sekarang, ada panduan , ada qudwah..

“Apa kata enta tentang keluarga” Tanya sahabat

“…em keluarga , keluarga bahagia..Rasulullah , tengoklah dari qudwah yang ditunjukkan , bukan setakat mempunyai aqidah , iman dan ilmu , tetapi pada amalan Baginda yang selalu disusuli dari ilmu..

kalau kita tengok sekarang , orang ramai berilmu , tetapi kurang pada amalannya , mengikut kadar perceraian , ramai dikalangan ustaz , dan ustazah walaupun minority , ini membuktikan amalan penting …apakah mereka telah lupa kenikamatan syurgawi? Jawablah sendiri..

Pernah dapur rumah Nabi tidak berasap berbulan-bulan , tetapi dengan sabar , Rasulullah dan Isterinya tabah meneruskan kehidupan...kalau kita kaji betul-betul , tidak mungkin kalau setakat dengan sabar tetapi perlakuan sabar itu lagi penting..

Sebenarnya ana suka menyeloroti kisah orang-orang tua di kampong , bagaimana mereka membesarkan anak-anak mereka walaupun dilihat sederhana dan tidak kaya , tetapi kesemua anak-anaknya berjaya dalam hidup..itulah kelebihan orang-orang dulu , berpegang pada prinsip yang kukuh , sekali dipegangnya , seumur hidup diamalkannya…

Diharapkan ana dan sahabat-sahabiah tabah menempuh kehidupan..sentiasa mendamba redha Allah…buatNya cinta yang Agung..

*Ngoya(mengelamun)


¤ ittaqullah ¤