DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Beruk Cerdik

Bismillahirrahmanirrahim..

Sungguh lucu peristiwa tersebut …sedikit pengalaman yang ana ada sehingga dapat mencapai ke menara gading sungguh banyak..ana masih ingat ketika mana bekerja di stesen minyak…

Terlalu sukar untuk berdakwah secara terus terang kerana keadaan yang tidak mengizinkan..hanya perlakuan & akhlak dapat ana buktikan…yang paling ana bersyukur boss yang memahami…dia sangat baik walaupun dia bukan islam , orang siam…yang paling ana suka , bila tiba je waktu solat…ada pekerja siam Kak Tin namanya…”gih nuh semaye( pergilah solat )” suruh dia kepada pekerja dia…”khop pun kha( terima kasih)”…yang dah islam tak de suruh plak gitu..mu mu , aku aku..susahnya kalu islam pada nama...betullah apa yang ulamak kabo..islam ni mudah atas dasar kebenaran..maka ikutlah..

Kalu kita tanya pensyarah PHD dalam bidang matematik 2 + 2 berapa ? pensyarah tu jawab 3…berbanding kalu tanye beruk 2+2 berapa ? , beruk jawab 4 .. ha sahabat wa sahabiah , nak pakai jawapan pensyarah ke , jawapan beruk? Mestilah beruk kan..walaupun ia berok merata , makan tak basuh tangan..tak gosok gigi sekalipun..pandai beruk lagi dari doktor...baik ambik dia jadi cikgu...begitulah orang berilmu perlu benar dalam memberi ilmu..insyaAllah..



Ni tempat lain plak..
selepas shif pertama ana masuklah pula shift yang kedua…biasanya pekerja ni akan memasang radio…ha inilah taktik ana…menukar siaran radio…kepada IKIM.fm…yang kacauwala sikit bile siaran ni tergendala , pekerja lain pun menukar siaran lain , manis.fm , masin.fm , tawar.fm dan banyak lagi..memang ana tidak nafikan radio ikim.fm sering tergendala , nak cari keberkatan kena mujahadah , ana boleh saja bersabar , pekerja lain emp..tak leh…jadi diorang tukar , sanggup dengar benda2 laghro…yang ni je yang mampu dilakukan...selain terus - menerus mendoakan semoga meeka mendapat hidayah...ana ibaratkan mereka semua ni seperti ada hubungan saudara kandung..al misal..kalu dia emak kita , sanggupkah melihat dia begitu...

Ana pun menukar pula…YA Allah…sukarnya…tak tahu kenapa kalu diri mendengar radio selain IKIM.fm membuat diri rasa nak memberontak , rasa tutup radio lebih baik dari mendengar lagu 2 lain…ana bukanlah tauke jadi tak leh buat apa2..ni sekadar mampu..



Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.


Ana pun tidak tahu…persepsi masyarakat sudah teruk….suka berada dalam perkara laghro…yang ada 5,6,7,8,9 orang anak , masih lagi tak insaf…padanlah anak2 jadi tak tentu arah…pernah sekali ada seorang anak perempuan yang mengendong emak yang bertudung serba lengkap dengan baju kurung…tapi anak2nya tak bertudung , memakai seluar sampai paha saja…teruknya mok pok sekarang , taku menegur anak sendiri , anak orang lain lagilah…nauzubillah…macam mana pula masa depan nanti jika anak2 muda sekarang dah begini…

biasanya ana memeberi contoh yang simple kepada adik2 pelajar..ibarat mereka ada hubungan terdekat dengan kita...contoh kalu abang dia pakai seluar pendek, rasa gembira tak? mesti marahkan? gitulah perumpaan..


¤ ittaqullah ¤