DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

Kedukaan itu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Suasana yang sepi itu , terdetik hati untuk keluar sekejap dari kelas..Sedang aku keluar dari kelas yang sunyi itu…aku terkejut melihat seorang lelaki & wanita yang berpakaian serba hitam..bercium2man antara satu sama lain…aku tergaman seketika ,belum pernah kejadian seperti ini berlaku…

Aku segera melewati tempat itu mendekati mereka..Aku pun meleraikan mereka diikuti oleh sahabatku..tiada aku kenali lelaki ini dan aku lihat wanita tersebut seiras mukanya , tiada jernih cahaya di raut wajah mereka…

Aku yang memegang lelaki ini dari belakang memusingkan kembali menghadap mukaku dengan mukanya..

Aku menyoal : “ kenapa kamu buat begini “

Lelaki ini senyap , diam seribu bicara..

Aku: “kamu tak malu ke melakukan ini “ dengan cara paling lembut aku menyoal

Dia masih lagi senyap dari berkata-kata..dan aku melihat sesuatu di tangannya dan meminta yang digengamnya itu..rupa-rupanya ..pendrive..aku meminta pendrive yang berada di tangannya , mungkin ada sesuatu..

Sudah , kamu boleh pergi sekarang….

Lampu kelas memancarkan sinaran putih ke seluruh ruang kelas …Pada malam itu aku keseorangan berada dalam kelas..hanya bunyi cengkerik yang menemani diriku..….aku cuba untuk melihat apa yang terkandung dalam pebdrive si lelaki itu…belum sempat aku membuka satu folger , tibe2 datang satu geng dan terus menerpa ke arahku…dan memegang aku..aku terkejut rupa2 rupanya dia yang aku tegur tadi , yang bercium-ciuman di koridor dekat tandas tadi…

Lelaki itu :“oo suka hati ye engkau menegur aku …kau kenal tak aku ni sapa?”..

Aku :aku senyap tak terkata , aku taknak mengharu kan suasana dengan menjawab..

Lelaki itu :”hey ! mengapa kau tegur aku tadi hah?”

Aku : kamu , nak tahu tak bertapaa aku sayangkan kamu…
Lelaki itu : kenapa?

A :” kamu tahu , aku buat semua ini kerana aku sayangkan kamu , aku tak mahu kamu terus berada dalam kehinaan..” walaupun aku tidak pernah mengenali dia , tapi terdetik dihati rasa kasih & sayang kepada saudara seislam..

Geng-geng mereka memgang aku dengan begitu kuat & kemas sekali, aku tidak dapat bergerak..selepas itu dia membiarkan aku duduk di kerusi sambil dikawal oleh geng-geng mereka…

Aku melihat satu tangan mengambil sesuatu dari depan ku..

aku pun terus menankap tangan itu dan mengambil sambil menyoal : “ kamu ambil apa ni , mari balik”

Rupa2rupany dia mahu mengambil RAM laptop ku dan dia memasang balik..

Ktika aku mahu melihat dia lelaki itu untuk menyelesaikan dan menenangkan keadaan, aku perasan laptopku sudah hilang di atas meja…begitu cepat sekali msa itu berlaku..aku melihat geng2 mereka sudah hilang dari pandangan aku..aku mencari-cari di dalam kelas , berjalan dan memusing di dalam kelas..tiada dapat ku jumpe…melihat kepada sesuatu objek dalam sebuah laci..akhirnya aku terjumpa di dalam laci di belakang ku…sebuah laptop…tapi berbeza..dalam hati aku berkata” mereka sudah menukarnya”….aku menyanyangi laptop tesebut kerana semua data-data penting berada di situ , yang hatinya adalah diari perjalanan hidupku…aku sanggup ditukarkan laptop , tapi bukan datanya..

Aku berlari kelas ke kelas , tiada aku jumpe..blok tempat aku belajar berbentuk segi empat yang mana di tengahnya tempat perhimpunan…aku terus mencari dan mencari , tiada juga aku jumpa , seluruh tempat aku cari , satu kelibat geng mereka pun aku tidak ketemui…

Ku mencari merata tempat…aku memanjat satu bangunan yang mempercepatkan pejalanan daripada menaiki tangga…aku memasuki tempat asrama warden..tiada satu pun ku lihat manusia brada disitu..aku membuka pintu belakang yang menghubungkan bilik dengan dewan…ada deorang ustaz sedang memberi tazkirah , yang anehnya ada dalam dua tiga orang sahaja yang mendengarnya…

Aku mendengar bunyi “tut , tut” menemani dalam pencarianku

Terus menerus aku mencari dimana mereka , tiba tibe aku tersedar dari tidurku..astaghfirullah hal a'zim..aku bermimpi…Ya Allah ,syukur hamba ini masih lagi hidup …mujurlah bukan betul2 aku berada dalam situasi tersebut…bunyi tadi adalah bunyi burung2 di luar..alhamdulillah , di masa ku tersedar , perasaan berdebar tidak berlaku kerana ketenangan mendengar tazkirah yang aku sendiri tidak faham satu pun isi..
*pengajaran yang dapat:-
Mahu meninggikan agama pasti ada ujian dan mehnahnya yang mungkin benda yang kita sayang akan menjadi korban atau ditinggalkan..contonnya , isteri , anak2 harta benda..
Mahu mengembalikan sesuatu , pasti bersungguh2 dalam mencari nya…tidak pernah berputus asa..mahu mengembalikan islam , bersungguh2 bukan sambil lewa..
Manusia menilai agamanya sikit , maka sikit lah apa yang diahayati..



¤ ittaqullah ¤