DUA KALIMAH

Aku Baca Dengan Menyebut Nama-Mu

hanya Istiqamah yang kupinta

Bismillahirrahmanirrahim..

asSalamualaikum , blog in sudah lama berhabuk , maaf kalian atas kelewatan untuk cuci dengan mempostkan entri2 yang tekini tentang kisah2 kehidupan , dukacitanya dimaklumkan bahawa ana sibuk sangat2 dengan study…tapi InsyaAllah sempat jugak menyentuh keybord..di hari yang ceria seceria ketika angin menerpa ke arahku ini telah ku coretkan sedikit warkah buat sahabat2 sejati , sefikrah ..

Pada waktu ana menulis entry ini , khabar gembira bagi mereka yang sentiasa bermujahadah , bila mana kita bermujahadah kita akan rasa tiap gerak geri , perlakuan , akhlak mendapat keredhaan Allah walau mereka2 yang tidak suka tetapi ingatlah Allah sangat2 myukai orang2 yang bermujahadah …begitu sukar untuk bermujahadah , sungguh !
Mintalah kepada Allah supaya sentiasa mengekalkan kita di jalan Nya walau setinggi , sehebat , sekaya , dan se se lg yang sewaktu dengannya , katakanlah ,cukuplah Allah bagiku ..rasalah kedamaian bila berada atas jalannya…telah pun kita mengetahui untuk happy , kenalah struggle betul2 , pelaksanaan bukan semudah kata2…semua boleh kata , tapi bile nak buat je hampeh..hanya madah kata2.

Tapi kadang2 ,dengan sendirinya kita akan tertawa sendiri bila mengimbau kembali kenangan bersama sahabat , cukup singkat waktu itu , pejam celik , tidur bangun , makan minum , buka tutup , em apa lagi , (apa2 jelah) telah menyedarkan kita waktu yang berlalu tidak bisa diundur lagi, sahabat wa sahabiah , bukan kita yang ingin semua ingin terjadi , tapi Allah sebaik baik perancangan ..
Sungguh indah detik2 yang berlalu , lebih2 lagi ketika ditarbiah , suhanallah , Maha Suci Allah kerana memberikan kasih sayangnya kepada hambanya kerana berpeluang berada pada jalan sebenar jalan..

Masihkah kalian ingat ketika mana kita ditarbiyah ada2 sahaja ujian yang menimpa , tetapi bukan nak suruh kalian memngingati kisah itu tetapi sebagai satu kemanisan dalam perjuangan , tapi bila mengenangkan kembali , memang terasa nikmatnya hidup bersama islam..

Tapi kini , ana & kalian mugkin akan berpisah , memang sifirnya gitu: yang bertemu pasti akan berpisah , takde yang bertemu akan bertemu , mesti ada pasangannya , yang hidup akan mati ,pasang surut , siang malam& bla2..haraplah kalian tidak melupakan antara satu sama lain kerana ukhwah yang kita bina bukan atas dasar sahabat , tapi atas iman , fikrah , amal..ukhwah islamiyah yang insyaAllah akan menggerunkan orang2 yang melawan kebenaran…yang berada dalam kebatilan.

Amboi 2, suka sorang2 , mu ni gile ke? Itulah perkataan yang kawan2 ana cakap , “memang aku suka tapi tak gile..gila ketawa takpe , jangan ketawa sampai gile sudah..” memang ana tak nafikan ada perkara yang melucukan sepanjang ditarbiyah…memang kena ketawalah..kih3..

Moga kemanisan ini hanya kepada yang benar2 istiqamah di jalannya, cukuplah ini sahaja yang hamba pinta padaMu Ya Allah..istiqamah & tetap berada di jalanMU walau apa berlaku..doakan semua..

Ayuh para mujahid, ayuhlah para mujahidah , kita tinggalkan zaman fitnah , agak tertegak kalimah Allah, agar terbangun dunia baru Islam..

Saban hari kita berada dalam dalam suasana ilmu , mengambarkan kepada kita bahawa banyak lagi ilmu yang belum kita fahami dan pelajari , apalah gunanya ilmu yang pelajari itu jika tak dimanfaatkan sepenuhnya untuk diamalkan / dajarkan kepada yang lain..moga ilmu yang ada dikongsi bersama sahabat2 , sahabiah2..cukup sekadar ini dulu …

Ana tinggalkan beberapa perenggan lirik buat tatapan sahabat / sahabiah..ceh2 macam Dj radio Ikim plak hu3.

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu keampunan
Keredhaan kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal sejati

Tapi engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan
Yang abadi…


¤ ittaqullah ¤

PENGUMUMAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamalaikum w . b .t

Salam sejahtera kepada Penghuluku RAsulullah S.A.W salam keselamatan wahai para Nabi , para sadiqin , para syuhada dan para solihin..

Entum wa entunna pula? Minta ampun ye , lupa plak tak faham rupenya , how are you? (mesti nak jawab I fine thank you je kan) he3 modal lama.. ana harap sume bisa sihat2 aja deh..almaklum baru balik indon sih( eh ngak2 baru aja tengok citer indon) baguuss bangat…cter apa ye (hidayah lah)
Em sahabat/ah , kita kadang2 lupe , bila kita bergelar mahasiswa , kita adalah seorang penuntut ilmu , lebih 2 lagi yang menuntut ilmu agama yang akan dicurahkan pada masyarakat kelak..perasan tak ? kadang orang2 sebangsa ngan kita selalu aja ejek2 lg , main caci maki pula …bila aja nak speaking – ada aja kata2 perli , wow bila kau balik england..?
Ni sebahagian aja , yang ana rasa nak ketawa yang orang boleh aja ikut apabila diperli , bila aja diperli , terus aja hilang speakingnya…inilah bangsa yang kita kenali sebagai bangsa yang ada budi bahasa berbudaya (melayu)…
Sebab itulah kan sahabat/ah , kita sebenarnya tak bangga apa bangsa kita diturunkan ,,,tapi yang perlu kita bangga adalah nikmat islam,iman,ihsan…sebab itulah orang yahudi boleh aja benci kepada umat islam , bukan kerana bangsa , tetapi kerana aqidah..kalu tak kerana aqidah , sudah tentu mereka bersuka ria , bersorak peranda…betullah apa yang kita baca dalam Al quran.

Betul lah apa yang dikata bukan mudah untuk beramal dengan islam , banyak cobaannya..lebih 2 lagi saudara2 yang di negara yang masih lagi dalam gengaman rejim zionis laknatullah…( jangan silap bagi gelaran : ada jugak yang cakap yahudi laknatullahiwabarakatuh.) ni dari ustaz yang ceritakan…tak gila kite ! laknatullah yang diberkati..
Cina nak masuk melayu , sampai matiii pun ngak bisa , mana mungkin bangsa boleh ditukar , inilah sikap orang2 kita yang selalu menyalahertikan penggunaan bahasa..apa barang..semuanya bisa mengelirukan..jadi , maka ana dan teman2 ayoh kita mulain dengan perubahan..usah diturut itu punya orang..kata nak jaga bangsa , bangsa lain , apa kehe plak ? kalu nak ikutkan hati semua bangsa nak jaga bangsa masing2 , apa yang perlu dijawab –Islam for all , hanya dengan inilah semua bangsa boleh bersatu ..kerana aqidah yang satu ..barulah terjaga semua bangsa..
Loh , udah dong , jauh sikali bicaranya , omong pasal speaking , bangsa pula dibacarain..em mestilah berkait rapat kan? Ehem2 …apa yang nak kabonya , kita sebagai umat islam perlulah mempunyai semangat yang tinggi dalam menuntut apa2 ilmu sekalipun untuk manfaat umat islam , sebab inilah yang akan membawa ketamadunan islam yang teragung..tak kirelah apa rintangan jua halangan yang datang , sama2 ..

¤ ittaqullah ¤